Feb 23, 2012

Hatiku MilikMu

WaWahai Allah,

Sangat susah utk aku menjaga hati ini....

Kau lindungilah hati ini dari bisikan syaitan dan nafsu..lindungi la hati ini dari menyimpan sifat riak, bongkak, ujub, takabur dan bangga diri...

Lindungilah hati ini dari berprasangka buruk, iri hati, dengki, sombong dan benci sesama makhluk...

Wahai Allah,

Sesungguhnya setiap hati manusia di bumi ini adalah milikMu..

Bantulah aku, Ya Allah... lindungilah aku dari keburukan hati insan lain terhadapku..

Bantulah aku, Ya Allah... agar hati ini tak terpesong dari sifat ikhlas berjuang keranaMu...

Bantulah aku, Ya Allah... agar setiap apa yg aku lakukan di bumi ini adalah ikhlas kerana Allah Taala...

Wahai Allah,

Aku bertawakal dan menyerahkan segalannya kepadaMu... Kau berilah yang terbaik utk kehidupanku..

Kerana Kau tuhanku, kerana tiada lain selainMu, kerana segalanya adalah hakMu...


Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh anggota tubuh itu baik. Dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh anggota tubuh itu turut rosak. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI. [HR Bukhari]

Ya Allah Tuhan aku yg satu.. Semoga setiap lankah perjalanan ini, dimulai dan diakhiri hanya dengan redhaMu... Semoga kalimah lillahitaala sentiasa berada di bibir, hati, jiwa dan akalku setiap nafas nikmat dariMu.. LILLAHITAALA

Jan 26, 2012

Kubur Islam yang bikin malu...

sape tgk aduan rakyat @buletin utama tv3 hr.? ape perasaan anda?

malu..! malu..! malu..!

karam singh walia n barisan dun sabah yg namanye nmpk mcm bkn islam..pi kubur org islam cite pasal sampah sarap kat kubur tu...

siap ada org buang tilam bwh pkok kat tgh3 kubur tu...botol3 minuman...pendek kata mmg sampah laaa...

adoiai

da takde org islam kat sana jg kubur? mmg memalukan....

karam sigh siap ckp "agama menuntut kebersihan.." perhhhh rasa kena tampar sekali..

lu pk la sendiri

Jan 17, 2012

1 Malaysia is useless

Salam...

Just now i listened 1 malaysia advertisement kat hot fm..   About any form that normallykan we need to fill in our type of race..malay/chinese/indian/other.. Pastu ada satu org tny apa tu other? And another person answered psl kaum iban atau lain3 kaum la..then the advertisement ended like mcm nk ckp la yg jgn mengaku la kita ni rkyt mlsia if tak tau yg kita ni bebilang kaum..

  Sy rasa iklan ni very funny and stupid..

  1 of my ex-colleague which is jermany.. Dia kutuk psl benda ni n asked me why do we care about the race of the people?...malaysian is malaysian...what so different?

  Ashamed on us...we claimed to be 1 malaysia tapi benda paling mudah and simple and basic mcm ni pon kita tak boleh ubah...

 Fikirkan.....

Jan 11, 2012

Lagu jiwa

salam...

Pernah rasa pasaan dibuai  dgn lagu3 cinta kt mp3/radio/etc? Klu tgh sedih dgr lgu sedih.. maka bertambah la sedih kita kan?... 

lagu sgt mempengaruhi hati n jiwa...

so y not kita try sifir ni :

50% drp 24hrs dgr lagu nasyid, zikirullah supaya hati kita trikut cinta,syg allah... 20% dgr lagu ibu mcm lgu buatmu ibu-aiman...20% lgu ayah/di pondok kecik n 10% bru lgu cintan cintun... :-)

selamat mencuba.. :-)

 
* jika benar dia jodohku, pasti allah sudah tetapkan waktunya..kunfayakun*

Jan 5, 2012

Kehendak atau keperluan?

salam.....
Apa khabar pun yeeeeee adoiai! hehehe
hr tu sy duk ushar3 kete.. pastu ada sorg kwn transformer sy cdgkn angkut savvy...2006 leh dpt 15k smthg...murah gilekan ? klu utang 5 thn leh hbs...sy tanak la hanguskan 5,6 ratus tuk beli kete huhu..klu sy wat loan 5,6 rtus bulan3 baik sy ltk kt investment

org kate kereta tu keperluan tuk kita bergerak gi mn3...tp bile pk3 blk...kereta? kl? keperluan ke kehendak? need or want? :-)


bile tibe 1 simpang yg memerlukan kite kuar duit...kite kene pk..keperluan or kehendak? some more kite kene ingat once u buy a car, u'll have a huge liability for the rest of ur life... mthly kete 5,6 rat, minyak, some portion of mthly saving should be allocated to car insurance....per mth cecah seribu kan? maintenance...blabla....so bile korg da hbs byr hutang bank pon, korang still ada liability...


so...need or want? for now...not yet become a necessity for me...

kita kene bijak membezakan keperluan n kehendak dlm waktu terdesak..ms tu syaitan akn sntiasa mghasut kita mbazirkan duit...we huv to b very firm...very3 firm to certain ourselves which one is need and want...


cthnye mcm masa tu sy suke gile kat galaxy tab huhu tp bila pk3 blk..blm lg jd keperluan since sy msh elok pki nokia xm sy...sy mmg yakin yg galaxy tab adalah kemahuan semata3...kemahuan adalah nafsu yg tidak baik...


jd sy bg nokia tu kat adik sy...bile da tade nokia, galaxy tab secara otomatiknye menjadi keperluan sy...hakhakhak...


sekarang impian sy  utk mmiliki tab sudah tercapai...syukur..


hihihi

Dec 15, 2011

Politik Pejabat / Office Politic

Assalamualaikum wbt... Lama sgt tak update blog...too busy with duniawi..As time flies very fast, I've already been in ibu kota for a year.. Terlalu banyak perkara yg berlaku...dan byk yg dipelajari..dan terlalu byk yg perlu dikaji...

I just live as a human being....follow my life cycle- go up and down, happy and sad, motivated and demotivated.

To work in such a branded company adlh rezeki yg Allah bg...but ada juga yg claim "sbb sayalah awk dpt sini" or some may sounded like "I promoted u...if not u won't get this position"....

1) Rezeki- cerita pasal rezeki..sy tak pasti sama ada ramaikah muslim yg masih beriman pada qada dan qadar.. Beriman adalah kepercayaan yg kukuh di dlm hati...jadi berimanlah bahawa allah pemberi rezeki..

2) Politik- apabila kita membuat kebaikan utk mendapatkan kepentingan/ nama/ credit/ pengiktirafan or wateva u call it.

Since past a year, i've always been thinking about this very deeply :

Org yg pandai berpolitik akan cepat dpt jawatan...depan ckp lain dan belakang ckp lain...no sincerity at all, no honest and no transparency. Surprisingly...muslim juga ada yg begitu. Sy selalu tanya pd diri...kenapa? Tidak percayakah mereka pd janji, ketetapan & ketentuan Allah? Tidak berimankah mereka?


-Sekian-
*being silent doesn't mean that i'm ignorant....I'm observing*

Aug 14, 2011

Dia Pilihanku...

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
Semoga ada jodoh ini...

Jul 2, 2011

-No title-


Kiranya dalam hatimu ada perasaan benci....
Bencilah egoku....
Kerana sesungguhnya aku akan buang ego ini...
Agar perasaan benci itu turut hilang sama...


Tapi jika dalam hatimu ada perasaan cinta....
maka cintailah aku kerana Allah....

Jul 1, 2011

Penderitaan

Andainya dengan penderitaan ini Kau ingin menghapuskan dosa3 ku....sungguh ringan penderitaan ni.......
Andainya dengan penderitaan ini Kau ingin menyelamatkan ku dari nerakaMu dan masukan aku kedalam syurga....alangkah indahnya penderitaan ini....

Jun 15, 2011

Cerita Benar - Tuhan tak adil!! (TAUHID) - 1

E  :  masa pektikel kat MFPC dulu, tanya aku....bila dah dapat gaji aku nak buat apa? Dia suruh aku beli henpon sebagai hadiah aku dah dapat keje. Tapi aku cakap dengan dia...aku kena bayar hutang dulu. Bila aku cakap aku hutang dengan mak abah aku....dia cakap "eh hutang dengan parents tak perlu bayar lah".....

...........diam 2,3 minit.............

orang cakap aku penyabar...tapi sebenarnya aku baran..cuma aku pendam. Macam abah aku....aku pernah tengok abah aku tengking mak aku. Mak aku kena tengking, aku yang menangis. Aku tak tau aku nangis sebab sedih ke sebab takut. Sebab aku jarang tengok tengok abah aku marah....tapi masa tu salah aku jugak..Diorang gaduh sebab aku. Aku lambat beli tiket balik segamat.....so, tiket dah habis. Esoknya ada test ke ada apa ntah. Mak aku cakap kat abah aku...hantarlah aku sampai segamat. Tapi abah aku tak nak.....Dia selagi aku boleh pergi sendiri, dia nak aku pergi sendiri....kalau dia hantar aku pun nanti dia akan mengeluh and buat muka....

...........diam 2,3 minit.............

1 benda yang mak aku tak boleh terima...bila aku akan cakap "takpelah bah, orang ada lagi duit" walaupun time tu kat wallet + bank aku langsung tade duit. Duit ngam3 buat tambang je....sebab apa....sebab waktu abah aku keluarkan duit nak bagi aku...dia mesti akan buat muka ngan mengeluh.....adik aku dia tak wat camtu....

I  :  Kau kecik ati tak abah kau wat kau camtu *tanya dengan niat nak tau whether dia rasa biasa*

E : *dengan mengangguk - menangis*.......akak3 aku tak rasa. Aku yang rasa...masa aku form 2..aku kene beli buku...aku kumpul duit,aku keje...abah aku tak kan bagi aku duit..tapi bila duit aku da cukup, tiba-tiba mak aku mintak sebab abah aku desperate tade duit masa tu...masa diploma + degree....duit ptptn aku separuh aku bagi kat abah aku.....bila akak aku cakap aku bodoh sebab masa study tak nak beli baju mahal-mahal + cantik-cantik......aku menangis...sebab aku tak dapat nak cakap "kau pergilah tanya bapak kau tu mana duit aku pergi"......

............menangis lagi....................

abah aku masa first hantar aku pergi segamat masa diploma dulu...claim aku RM60...kete kancil tau..dia claim RM60..

I  :  Abah kau mintak kat ko ke??? *terkejut*

E  :  *angguk3 - menangis*....masa nak konvo...aku cakap kat mak aku tanak konvo...lepas tu mak aku cakap "kau bukan tanak konvo..tapi kau tak grad lagi kan".... *nangis3*...kau nampak tak betapa mak aku tak percaya kat aku..aku tak nak konvo sebab aku takde duit. nak bayar duit konvo, duit hotel diorang nak tidur, duit minyak semua....

kalau nak ikut berdendam..aku memang dendam. Aku ada mak bapak yang belum bercerai..tapi aku macam takde mak bapak. Kecik3 aku boleh kata sehari 2 jam je aku jumpe mak abah aku...sejak aku dari form 2, aku tak pernah ada baju raya....raya pon serupa tak raya. Sebab kalau aku nak beli, aku kena guna duit aku sendiri. Masa sekolah dulu...kakak aku pakai telefon rumah bil sampai M3000...abah aku bebel3 je...tapi dia bayar...

Tapi mak bapak...bila dia call suruh balik...hati kita cam luluh je. Segala dendam, apa yang dia buat kat aku...aku terus lupa.....sebab aku nampak.......abah aku baling3 piring sebab duit....aku yang nampak..akak aku tak nampak, adik aku tak nampak benda3 ni.......tapi aku nampak abah aku menangis sebab akak mamah cakap abah aku bodoh....aku nampak....tangan bapak aku menggigil nak bagi aku RM1 belanja sekolah....menggigil!!!! RM1 je kot...member3 aku belanja sekolah RM5 / RM10...aku nampakkk.... *menangis lagi*............

Bila aku tak dapat kerja best-best....bapak aku cakap aku bodoh..ape perasaan kau kalau bapak kau cakap kau bodoh?



.....bersambung...

Jun 14, 2011

Sampah Saje

Salam,

Bila den pk3 balik..den rasa hipokrit tu perlu bila ia mendatangkan kebaikan kat kita. Memang terseksa...penat jugak pura-pura  "hai" dengan orang...senyum bila benci gila.....gila kau...kau ingat senang? nak kena senyum bila hati marah sangat...kena ketawa bila hati rasa nak jerit...kena salam bila tangan rasa nak penampar je muke orang...

Gila...memang susah doh...tak reti..siyes susah....hati benci nak mampuih..tapi muka kena kontrol, maintain senyum (gaya professional bodoh)...adoi

Tapi bila pk3 balik..ada bagusnya..dari hipokrit, lama3 jadi ikhlas....mula3 susah and bosan nak "hai" orang...sekarang orang hai kita...

Tapi 1 perkara yang den menyesal seumur hidup den...bila den pindah kat rumah ni...(rumah kakak keje MBM) .. sumpah den nyesal...dia umur da 30+...den tak reti masak, kemas rumah jarang...kalau weekend tu bangun kul 3,4 petang...

Hari senin hari tu dia mc..bila den tanya sakit kepala ke apa...dia jawab penat kut...buat kek, biskut....dalam ati den...penat kemas rumah jugak ekh...adoi...serba tak kena..boring

Jalan kat MBM den rasa mana kakak3 yg rapat ngan dia tu...rasa cam pandang serong je...bodoh..

Kalau sejarah hidup cam buku sejarah, aku koyak sejarah pindah rumah ni....moron!