May 31, 2011

Oh Kekasihku Indon

Salam~

Pada suatu hari, saya telah mengaktifkan diri....mendaftarkan diri dalam kolony celcom tanpa mengetahui apakah sebenarnya kolony (lepas register baru tekedek3 search on website). Dan semalam punya semalam sejarah hidup baruku bermula...ada seorang lelaki meng-add ku menjadi rakannya di kolony tersebut.

Dengan perasaan suam-suam kuku, ku melayannya tanpa nafsu. (errrr..)  Kebetulan juga pada hari tersebut penyeri hariku berjauh hati denganku. Dan aku merasakan disitulah telur dihujung tanduknya hubungan kami. Dengan persaan sedih dan suam3 ni aku berterima kasih kepada celcom kerana mewujudkan kolony dan menjumpakan aku dengan jodohku di ruang kolony tersebut. Walaupun kesedihan telur dihujung tanduk hampir tercucuk, sekurang-kurangnya aku  mempunyai seorang rakan untuk memenuhkan jadual sms ku.


Tiba-tiba henponku berbunyi. Ya....itulah lelaki yang ku katakan jodoh kolonyku...dan suaranya persis indon. Boleh blah...sabah bah konon (sumpahku di dalam hati kerana berani mamat indon tu mengaku dirinya dari sabah dan mengundi salma mentor yg kononya dari sabah bah...)


syukur pada tuhan kerana menyelamatkan ku....kalau tak mesti aku jadi mangsa jenayah lombok yg seterusnya...setan betul ..*offline*
 

0 comments: